Falsafah Ku Sebagai Seorang Pendidik...

Pengajaran dan pembelajaran adalah satu perjalanan yang indah dalam kita mencari dan mengenali ilmu sekaligus mengamalkannya kearah kebaikan. Manfaatkanlah ilmu sebaiknya, dan janganlah ia disalahgunakan.

Friday, October 8, 2010

Tingkatan 5 : Bab 8: Konsumerisme


BAB 8: KONSUMERISME


1.
Maksud Konsumerisme
-          Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna
-          Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup  meningkat

2.
Matlamat Konsumerisme
-          melindungi hak pengguna
-          mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
-          membina kualiti kehidupan yang lebih baik

3.
Maksud pengguna
-          orang yang menggunakan barang  untuk penuhi keperluan dan kehendak

4.
Amalan perniagaan yang tidak sihat
-          letak harga  tidak berpatutan
-          buat iklan  mengelirukan
-          tawar barang  berkualiti rendah
-          jual barang yang tidak selamat

5.
Hak pengguna
  1. Hak mendapat keperluan asas
-                     makanan/pakaian

  1. Hak mendapat keselamatan
-                      dilindungi daripada  kesan yang boleh   membahayakan  kesihatan 
-                      contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan

  1. Hak mendapat maklumat
-                      fakta   lengkap  sesuatu barang supaya  tidak tertipu

  1. Hak membuat pilihan
-                      Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa

  1. Hak mendapat ganti rugi
-                      berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna

  1. Hak bersuara
-                     secara peribadi /  perwakilan

  1. Hak mendapat pendidikan pengguna
-                     melalui ceramah / forum

  1. Hak mendapat alam sekitar yang sihat
-                      kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun Mahkluk Perosak 1974
6.
Lima Tanggungjawab pengguna
  1. Kesedaran mengkritik
-    boleh membuat aduan
  1. Penglibatan dan tindakan
-    bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial
  1. Tanggungjawab sosial
-    Memberi derma kepada orang miskin/tua
  1. Tanggungjawab alam semulajadi
-    tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati
  1. Bersatu padu
-    supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan

7.
Enam Tanggungjawab pengeluar
a.    Praktikkan amalan perniagaan yang baik
-    tidak menipu/ jual barang berkualiti
b. Amal pengiklanan yang beretika
-    iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain
  1. Sedia terima rungutan
-    kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan
  1. Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme
-    melalui seminar/forum
  1. Memelihara alam sekitar
-    menggurangkan penggunaan bahan yang  mencemarkan
  1. Menjalankan tanggungjawab sosial
-    memberi derma/ biasiswa

8.
Lima prinsip asas  membeli dengan bijak
  1. Menentukan jenis barang
-    barang keperluan atau kehendak
  1. Menentukan sebab membeli
-    untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk
c.  Menentukan masa membeli
-    masa tawaran istimewa/ musim perayaan
  1. Memilih tempat membeli
-    lokasi berhampiran
-    menawarkan pelbagai barang
-    harga berpatutan dan barang berkualiti
-    sikap  jujur dan layanan mesra
-    ada kemudahan seperti ruang makan/tandas
  1. Mengetahui teknik membeli
-    buat perbandingan harga
-    tengok kualiti barang
-    periksa kuantiti barang
-    tahu tarikh luput
-    ada jaminan jualan
                              
9.
Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna
  1. Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna
-          iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
  1. Beri kesedaran tentang konsumerisme
-    melalui ceramah /kempen
  1. Wujudkan akta/peraturan
-    Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972
  1. Tubuh  kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang
-    Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar

10.
Agensi lain  dan peranannya dalam melindungi pengguna

  1. Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
-   Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna
-    Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan
-    Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv
-    Wujudkan  petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan
-    Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan

  1. Tribunal Tuntutan Pengguna
-    Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
-    Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi
-    Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000

  1. Persatuan Pengguna
-    Terima dan siasat aduan  pengguna
-    Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan
-    Beri laporan melalui  penerbitan majalah/berita
-    Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum

  1. Persatuan Pengeluar
-    Pastikan ahli mematuhi kod etika  berkaitan dengan pengeluaran/persaingan
-    Adakan kempen membeli barang buatan tempatan

  1. Persatuan Profesional
-    Pastikan  ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing

  1. Persatuan Peniaga
-    Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna /  jujur dengan pengguna
-    Sediakan kod etika mengenai jualan

11.
Etika Amalan Perniagaan
-          diperkenalkan tahun 1982
-          digubal oleh Majlis  Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
-          bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan  peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan
-          mempunyai 5 prinsip:
    • Kenalpasti dan akui  hak-hak pengguna
    • Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan
    • Patuhi prinsip perniagaan secara adil
    • Tidak burukkan pesaing
    • Amal perniagaan yang jujur
-          mengandungi   Etika Penjual dan Etika Pembeli

12.
Etika Pembeli
(mengandungi dua tanggungjawab pembeli)
  1. Tanggungjawab terhadap penjual
-    patuhi syarat kontrak
-    jelaskan hutang mengikut tempoh
-    tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran
-    tidak menawarkan harga  terlalu rendah sehingga  peniaga rugi
-    tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan
-    amalkan sifat sopan santun
-    beri pandangan   untuk tingkatkan kualiti barang

  1. Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    libatkan diri dalam persatuan pengguna
-    jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar
-    elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar
-    tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan




13.

Etika Penjual
(Mengandungi enam tanggungjawab penjual)

  1. Tanggungjawab terhadap pekerja
-    jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan
-    beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti
-    memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus

  1. Tanggungjawab terhadap pelanggan
-    sediakan barang berkualiti
-    sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang
-    tepati keperluan dan kehendak pengguna
-    jual barang pada harga berpatutan
-    bermaklumat  yang lengkap
-    adakan kempen promosi yang jujur
-    sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat
-    beri layanan sama rata

  1. Tanggungjawab terhadap pemodal
-    maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan
-    beri kadar pulangan yang memuaskan
-    jalankan pengurusan yang cekap

  1. Tanggungjawab terhadap pembekal
-    layanan adil kepada semua pembekal
-    patuhi segala  syarat kontrak
-    berusaha jual barang  dengan segera
-    amalkan ‘sistem payung’
-    pastikan syarat kontrak  jelas

  1. Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    pelihara alam sekitar
-    guna sumber yang manfaatkan masyarakat
-    beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui  biasiswa / subsidi

  1. Tanggungjawab terhadap kerajaan
-    bayar cukai
-    sedia peluang pekerjaan
-    guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap
-    adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan  dasar



SELAMAT MAJU JAYA