17 Januari 2011 adalah hari pertama untuk diriku bergelar "Guru"..Kalau dulu digelar "Pensyarah" yang mendidik golongan yang agak dewasa, kini kerjaya baru ku sebagai seorang guru pula adalah mendidik pelajar golongan remaja..
Sememangnya pengalaman yang agak baru tapi tidak mendadak..setelah hampir 4 minggu di sekolah ini...saya mula rasa seronok untuk mengajar walaupun pada awalnya agak mencabar bagi menarik perhatian sesetengah pelajar...namun akhirnya mereka kini lebih bersemangat untuk menimba ilmu dan memperkembangkan ilmu mereka melalui aktiviti soal jawab dan perbincangan di dalam kelas..
Sungguh seronok melihat karenah pelajar yang semakin berani untuk tampil memberikan pendapat dan cadangan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan..inilah antara harapan seorang guru dimana pelajar dapat melibatkan diri dalam sesi pembelajaran sekaligus dapat manambahkan pengetahuan mereka dalam apa jua yang dipelajari semasa sesi persekolahan..adalah sangat tidak berbaloi jika pelajar datang kesekolah dan pulang kerumah tanpa sedikit pun ilmu didada...Rugi sungguh pelajar itu...
Disamping sikap pelajar yang aktif didalam kelas, sikap sopan dan santun, saling menghormati, sedikit manja serta sedikit nakal turut memberikan kegembiraan di hati kecil ku sebagai seorang guru..rasa sungguh bahagia apabila pelajar mendapat ilmu yang dicurahkan, disamping dapat membina sahsiah diri yang baik seperti menghormati guru, menyayangi kawan serta menjadi pelajar yang bertanggungjawab ke atas dirinya sebagai seorang pelajar..Ingatlah kembali wahai pelajarku.."Apakah tanggungawab anda sebagai seorang pelajar???" Apakah pula harapan ibu-bapa dan keluarga yang menghantar anda kesekolah..?? Fikir-fikirkanlah..
Salam sayang dari cikgu buat pelajar 4 Zamrud, 4 Kristal, 4 Nilam, 4 Mutiara, 1 Berlian dan 2 Berlian....
Segalanya yang terbaik cikgu doakan untuk kamu semua... Berusahalah bersungguh-sungguh untuk menjadi pelajar yang cemerlang...Yakinlah..Kamu semua pasti boleh..Amin..InsyaAllah..