Kelas Terakhir Bersama Dr. Shariff di UiTM, INTEC
Syukur kepada Allah SWT kerana dengan rahmat yang diberikan, saya dan kawan-kawan lain telah pun menamatkan sesi kelas pengajian DPLI. Kini kami akan keluar untuk menjalankan sesi latihan mengajar selama 12 minggu bermula dari 17 januari 2010 hingga 24 April 2011 di SMK Seksyen 24 (2), Shah Alam.
Sepanjang sesi kuliah pengajian DPLI di UiTM, INTEC, seksyen 17, Shah Alam dari 3 Julai 2010 hingga 30 Disember 2010, kami menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran untuk menjadi seorang guru yang berkebolehan dan berkualiti. Pelbagai subjek yang kami belajar demi mencapai objektif Diploma pendidikan lepasan ijazah (DPLI) ini.
Setiap pensyarah mendidik kami dengan bersungguh-sungguh demi memegang amanah yang diberikan oleh Allah untuk menjadi seorang guru. Bukan mudah untuk kami mengikuti program pengajian ini. Pelbagai dugaan dan cabaran yang kami telah tempuhi. Saya rasa amat bersyukur kerana diberi peluang mengikuti pengajian DPLI ini.
Hasil dari didikan semua pensyarah yang kami semua hormati, banyak yang telah saya pelajari. Di semester satu, kami belajar tentang action research. Subjek ini telah di ajar oleh A.P. Dr Faizah Abd Majid. Itulah kali pertama saya mendengar subjek itu. Subjek Action Research banyak membantu saya dalam memperbaiki teknik pengajaran dan bagaimana untuk memperbaikinya dengan membuat kajian tindakan terhadap diri sendiri yang melibatkan empat elemen penting iaitu Plan, Action, Observe, dan Reflect. Subjek ini sangat memerlukan pemikiran kritis sebagai seorang guru yang bertanggungjawab mendidik pelajar di sekolah.
Selain itu, saya juga belajar tentang Philosophy and Development of Education in Malaysia. Subjek ini di ajar oleh Miss Fatin Aliana. Melalui subjek ini, saya dapat mendalami dengan lebih lanjut lagi tentang falsafah pendidikan di Malaysia yang ingin melahirkan pelajar yang holistic dan seimbang dari segi jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Subjek ini juga banyak mendedahkan kepada saya tentang sejarah dan latar belakang pendidikan di Malaysia serta jenis-jenis sekolah yang wujud suatu ketika dulu hinggalah sekarang. Melalui subjek ini, barulah saya tahu bahawa bukan mudah untuk pemimpin dahulu memperjuangkan kedaulatan penggunaan Bahasa Melayu di sekolah. Terdapat banyak juga percanggahan pendapat dalam menetapkan dasar pendidikan Negara seperti yang dicadangkan dalam Penyata Fenn-Wu, Penyata Barnes, Penyata Razak dan lain-lain lagi.
Saya juga belajar tentang subjek Introduction to Commerce. Subjek ini di ajar oleh A.P. Dr. Ros Aizan. Subjek ini sebenarnya memperkukuhkan lagi latar belakang pengetahuan kami tentang perdagangan. Melalui sunjek ini, saya dapat belajar cara menyampaikan isi kandungan setiap maklumat dengan cara yang lebih menarik dan mendalam. Pelbagai pembentangan yang kami lakukan untuk memperkukuhkan lagi kemahiran dan pengetahuan kami bagi subjek perdagangan. Ini kerana subjek ini adalah course utama kami dalam pengajian ini.
Kami juga belajar tentang subjek Introduction to Marketing. Subjek ini diajar oleh A.P.Dr. Norshidah Mohd Nordin. Melalui subjek ini, kami banyak melakukan penyelidikan tentang syarikat yang sedang beroperasi di Malaysia pada masa kini. Ini memberikan input kepada kami tentang perkembangan semasa dunia perniagaan masa kini. Saya amat seronok apabila melakukan kajian tentang AirAsia Sdn Bhd. Ini kerana, kebetulan saya berasal dari negeri Sabah dan selalu menggunakan perkhidmatan syarikat penerbangan ini. Oleh yang demikian, agakmudah untuk saya mendapatkan maklumat dalam menyiapkan kajian tersebut. Apa yang mengejutkan saya adalah tentang sejarah bagaimana AirAsia diambil alih dari DRB Hicom oleh Dato’ Tony Fernandez di mana pada ketika kejatuhan AirAsia pada tahun 1997 dikuti oleh kegawatan ekonomi berlaku, Tun Dr. Mahathir menawarkan AirAsia kepada Dato’ Tony Fernandez dengan harga RM 1.00 sahaja serta mengambil sekali hutang AirAsia yang bernilai lebih kurang RM200 million. Kini AirAsia telah maju dan berjaya malah menjadi syarikat penerbangan tambang murah yang paling popular di dunia. Apa yang saya belajar adalah, kalau kita bersunguh-sungguh dalam melakukan sesuatu, tidak mustahil kejayaan akan di kecapi juga. Tiada apa yang mustahil jika kita serius untuk berjaya.
Satu lagi subjek yang menyeronokkan iaitu subjek Application of Educational Psychology. Subjek ini telah diajar oleh Encik Mahadi Kamaluddin. Melalui subjek ini, saya telah belajar sedikit sebanyak tentang cara-cara untuk memahami tingkah laku pelajar melalui penggunaan kemahiran psychology seperti melalui teori Vygotsky. Adalah penting untuk setiap guru memahami tingkah laku pelajarnya agar dapat memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia juga penting bagi membantu meningkatkan prestasi pelajar dari masa ke semasa.
Bagi subjek Technology and Innovations in Education pula, subjek ini sangat banyak memberi pengetahuan baru pada saya terutamanya dari segi penggunaan system internet dan juga computer. Subjek ini di ajar oleh Dr. Johan Eddy Luaran. Melalui subjek ini, kami diajar untuk membuat data menggunakan program Microsoft Excel. Banyak teknik-teknik yang saya belajar dalam Excel yang selama ini saya tidak tahu sedangkan setiap hari saya membuka computer saya di rumah. Jika kita bijak menggunakan semua tools yang ada dalam computer kita, ia amat memudahkan kerja harian kita termasuk juga kerja harian sebagai seorang guru. Selain itu, saya juga belajar cara membuat Blog menggunakan laman Blogger. Aktiviti membuat blog amat menyeronokkan saya. Saya berjaya menghasilkan dua blog iaitu tentang “Petua oh Petua” dan blog “Perdagangan (E-Learning)”. Saya amat berbesar hati apabila Dr. Johan memuji blog saya dan mengatakan bahawa saya seorang yang cepat belajar. Selain itu kami juga belajar cara mengambil imej gambar yang menarik melalui pertandingan yang Dr. Johan anjurkan. Saya amat seronok dan gembira kerana belajar subjek ini.
Di semester dua pula, kami belajar tentang Fundamentals of Economics, Banking and Finance Institution. Subjek ini sekali lagi di ajar oleh A.P. Dr. Norshidah Mohd Nordin. Melalui subjek ini, kami dapat mengukuhkan lagi pengetahuan kami tentang subjek utama kami dari segi ekonomi, banking and finance. Ini akan membantu kami dalam pengajaran apabila menjadi guru kelak. Namun yang demikian, sudah pasti juga kami perlu mengemaskini maklumat kami dari masa ke semasa. Melalui subjek ini juga, kami dapat berkongsi ilmu dari pensyarah lain semasa seminar of Fundamentals of Economics, Banking and Finance Institution. Yang disampaikan oleh A.P.Dr Rohaya Abd Wahab dan juga A.P. Dr Mashita Hashim. Dalam seminar ini, saya belajar tentang bagaimana cara menguruskan kewangan dengan bijak dan bagaimana cara membuat perancangan ekonomi untuk diri sendiri.
Seterusnya, saya juga belajar subjek Theory and Practice in Teaching Business. Subject in diajar oleh A.P.Dr. Rohaya Abd Wahab. Subjek ini banyak member input penting kepada kami sebagai bakal guru di sekolah. Melalui subjek ini, kami banyak belajar tentang cara pengajaran yang efektif, cara untuk menjadi guru yang efektif, cara mengatasi pelajar yang misbehaviour, cara mengendalikan soalan dan sesi soal jawab serta macam-macam lagi. Melalui tugasan role play yang dilakukan di dalam kelas, aktiviti ini membuat kami lebih mudah untk memahami teori yang kami telah pelajari. ini kerana, teori yang telah di ajar di tunjukkan dalam perlakuan secara praktikal di dalam kelas. Ini memberikan kami peluang untuk merasakan pengalaman sebenar apabila mengajar di dalam kelas. Pengalaman ini kemudian di kongsi bersama pensyarah dan kawan-kawan lain untuk di bincangkan dan dibaiki jika perlu.
Saya juga belajar cara-cara menganalisis soalan peperiksaan melalui subjek Assessment of Learning yang di ajar oleh Dr. Shariff. Selain menganalisis soalan peperiksaan, saya juga dapat belajar cara-cara menghasilkan soalan peperiksaan yang berkualiti. Kami turut belajar menghasilkan jawapan distractor bagi soalan objektif. Adalah amat penting untuk saya sebagai bakal seorang guru mengetahui semua ini. Dalam melaksanakannya secara teori, kami diminta untuk membuat 30 soalan multiple choices dan memberikan soalan tersebut kepada seramai 30 orang pelajar sekolah untuk di jawab. Selepas pelajar menjawab soalan tersebut, kami kemudiannya ditugaskan untuk membuat item analysis. Pengalaman ini sememangnya sangat membantu kami di masa depan.
Banyak sangat ilmu yang bermanfaat yang telah saya perolehi sepanjang pengajian DPLI ini. Melalui subjek Micro and Macro Teaching yang di ajar oleh Mr. Khalid, kami dilatih secara teori dan praktikal bagaimana melakukan sesi induksi yag menarik dalam pengajaran. Sesi induksi ini amat penting bagi menarik perhatian pelajar terhadap sub topic yang bakal di ajar di dalam kelas. set induksi dilakukan sebelum masuk secara langsung kedalam topic yang ingin di ajar pada masa yang sama di dalam kelas. induksi yang baik dapat melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran sepanjang sesi kelas berjalan. Selain itu, saya juga belajar cara menyampaikan maklumat kepada pelajar dengan berkesan dan bagaimana saya sebagai seorang guru perlu memupuk semangat pelajar agar terdorong untuk menjadi seorang usahawan dan ahli perniagaan pada masa akan datang.
Untuk subjek Management and Organization of Co-Curriculum yang diajar oleh A.P Puan Hajjah Zaiton, saya banyak belajar dengan lebih mendalam tentang kepentingan ko-kurrikulum di sekolah dan fungsinya terhadap seseorang pelajar. Pelbagai jenis ko-kurrikulum yang kami bincangkan di dalam kelas seperti badan beruniform, kelab dan sukan. Isu semasa tentang ko-kurrikulum turut di bincangkan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan kami tenang ko-kurrikulum di sekolah contohnya seperti penguatkuasaan “satu pelajar, satu sukan” bermula tahun 2011 ini. Kami turut di beri peluang untuk ke sekolah berhampiran menemubual sendiri guru ko-kurikulum di sekolah berkenaan untuk mengkaji aktiviti ko-kurikulum yang aktif di sekolah pada masa kini dan cabaran ang dihadapi oleh sesetengah guru ko-kurikulum di sekolah.
Akhir sekali subjek yang kami belajar sebelum keluar praktikal mengajar adalah subjek School and Society. Subjek ini di ajar oleh Mdm Khadijah Said Hashim. Subjek ini banyak mendedahkan kepada kami tentang kepentingan mewujudkan hubungan yang baik antara pihak sekolah iaitu guru dengan masyarakat seperti ibu bapa, penduduk setempat, warga tua, anak-anak yatim, pihak surau dan masjid dan lain-lain lagi. Melalui subjek ini, kami melaksanakan aktiviti community service di empat buah tempat iaitu gotong-royong di surau Al-Islah, seksyen 7, gotong royong di education faculty, INTEC, Seksyen 17 Shah Alam, Sesi motivasi dan lawatan di rumah Raudatus Sakinah di Selangor iaitu rumah dimana terdapat wanita-wanita yang bermasalah seperti unwedding mother dan lain-lain lagi. Seterusnya kami juga melaksanakan aktiviti melawat ke rumah orang-orang tua di Rumah Orang Tua Al-Ikhlas yang terletak di Pucong. Aktiviti ini telah member kesedaran pada kami bahawa ada insane lain yang memerlukan perhatian kita selain daripada pelajar disekolah. Aktiviti ini banyak menyentuh perasaan saya sehingga membuat saya dan kawan-kawan lain menitiskan air mata.
Kini, saya dan kawan-kawan lain akan keluar melakukan latihan mengajar selama 12 minggu. Semoga kami semua berjaya dalam latihan mengajar ini. Segala ilmu yang telah dicurahkan sepanjang saya mengikuti pengajian DPLI ini akan saya manfaatkan sepenuhnya dan sebaiknya. InsyaAllah
Banyak yang telah saya pelajari. daripada tidak tahu kepada tahu tentang sesuatu yang penting dan perlu ada sebagai seorang guru seperti kemahiran bertanya soalan kepada murid, kemahiran melakukan induksi yang menarik, kemahiran membuat item analsysis dan macam-macam lagi.
Pada pendapat saya, adalah amat penting untuk bakal seorang guru mangikuti pengajian ini kerana segala input yang diberikan sepanjang pengajian adalah amat bermakna dan amat berguna bagi melengkapi keperluan untuk menjadi seorang guru. Selebihnya adalah terpulang pada individu tersebut untuk memanfaatkannya atau tidak. Ini kerana, jika sekadar belajar dan tidak mengamalkannya, pengajian ini akan jadi tidak bermakna juga selain daripada sekadar memperolehi diploma pendidikan yang tidak bermakna.
Terima kasih kepada semua pensyarah yang tidak jemu-jemu mengajar dan mendidik kami untuk menjadi insan dan guru yang berkualiti. Jasa para pensyarah ku yang disayangi semua hanya Allah yang mampu membalasnya. Sesungguhnya, saya amat bersyukur atas segala yang telah ditentukan oleh Allah SWT. Saya juga berdoa agar saya diberikan kekuatan dan semangat untuk memikul tanggungjawab yang telah diberikan dan ditentukan oleh Allah SWT. Insya Allah. Amin.